Pasta sebagai pengganti mee? Boleh ke macam tu?😳😱😋
Hari ini Rhys nak kongsi dua resepi dengan anda semua. Dua-dua resepi ni masakan "Asean" tapi menggunakan pasta sebagai penganti mee... Betul!
Bukan sahaja masakan western boleh guna pasta ni tau... macam macam menu kita boleh buat sebenarnya...
🍝 Spageti Dengan Sambal Tumis Ikan Bilis & Telur Kimball
📋Bahan-bahan:
- 400g Kimball Spaghetti (dimasak)
Bahan kisar (halus):
- 5 sudu besar Kimball Chili Garlic Sauce
- 4 sudu besar Kimball Oyster Sauce
- 12 ulas bawang putih
- 15 biji bawang merah
- 8 biji cili padi hijau
- 6 biji cili merah
- 15 biji cili kering (direndam)
- 5 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar minyak masak
- 180g ikan bilis (digoreng)
- 6 biji telur
- 20g daun ketumbar (dihiris sebagai hiasan)
🍲 Cara-cara masak
1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik aroma
2) Pecah telur dalam sambal
3) Masukkan ikan bilis dan biar masak selama 2-3 minit
4) Hidang atas Kimball Spaghetti bersama daun ketumbar dan telur.
🍜Fettuccine Goreng Sos Tomato
📋Bahan-bahan:
- 300g Kimball Fettuccine (dimasak)
Untuk sos/kuah:
- 8 sudu besar Kimball Traditional Spaghetti Sauce
- 4 sudu besar Kimball Oyster Sauce
- 5 sudu besar Kimball Tomato Ketchup
- 3 sudu besar minyak masak
- 200g ayam boneless (dipotong)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 120g udang
- 80g jagung kecil (dipotong)
- 160g tomato (dipotong)
- 30g daun sup (dihiris sebagi hiasan)
🍲 Cara-cara masak
1) Panaskan minyak dan masak ayam
2) Masukkan bawang putih, jagung dan udang dan masak sehingga masak sepenuhnya
3) Masukkan sos dan tomato dan panaskan sehingga medidih
4) Tambah Kimball Fettuccine dan kacau sehingga fettuccine dah disaluti dengan sos
5) Hidang bersama daun sup sebagai hiasan
Selamat mencuba! Dengan Kimball Malaysia kompem gaya Malaysia! 🇲🇾
Jangan lupa layarai Kimball.com.my untuk macam-macam resepi lain!
#KimballGayaMalaysia #matsallehmasak #KimballMY #KimballMalaysia #Rhyscuba #masak